Saturday, July 13, 2013

Catatan Isteri: Pengalaman Bersalin Pertama Kali di Hospital Sultan Ismail, JB.

You know what? Rasa macam tak percaya dah jadi ibu, even this “miracle” ada depan mata. OK fine, yang sebenarnya I still can’t believe that I can be pregnant [due to certain health condition], surviving long journey of pregnancy and of course, survive 15 hours and 30 minute++ of contraction. (+______+)” Seriously, I don’t expect that I can be that strong.

Chronology:
05/07/13
2.30am
Tertidur lepas balik dari kemas rumah baru, again and again. So kalau ikut perancangan, pindah rumah this weekend. Keletihan, terbangun @2am++ suddenly rasa macam air keluar mengalir dari bawah tu [which I’m not sure air kencing ke or amniontic fluid] Takut juga kalau leaking, as baru 37 weeks 3 days. Bahaya tu. Kejut husband and my mom, but they said:
“Tak apa, lambat lagi nak bersalin. Lagi 3 minggu”
So, I just ignore it eventhough at the same time ada rasa sakit perut macam senggugut every  5 minute.

4.00am
Still can’t sleep and rasa macam “something” keluar dari bawah; bloody mucus. I was like, tergamam. Kejut lagi husband and my mom, but they keep saying the same thing and continue sleeping. Super piss off, pfft~! Actually sangat risau kalau terberanak hari ni, rumah tak siap lagi, baju baby tak basuh, tak kemas etc. So by hook or by crook, gagahkan diri pergi balik rumah and ambil barang baby semua untuk dibasuh. At least, kalau tak terberanak hari ni pun. I can sleep without worry, kan?

10.30am
I said to my husband;
“Abang, tak payah pergi kerja hari ni. Kita pergi hospital terus,” and kami siap-siap untuk pergi Hospital Sultan Ismail [HSI], JB. Contraction makin kuat, tapi tak adalah kuat sampai rasa nak guling-guling, but still, 5 minute apart. Takut juga kalau terberanak dalam kereta.

12.00pm
Sampai je di HSI, terus pergi Assesment Room for pregnancy untuk check bukaan serviks. Dalam hati, tak putus-putus doa semoga semuanya dipermudahkan sambil MENGGIGIL, seriously. So, doktor yang attend kita tu lelaki. Dia tanya tentang air ketuban, bloody mucuous etc. OK, this is not the best part. Bila  kita cakap ada air keluar banyak tapi tak sure air apa, ada bloody mucus after that and contraction 5 minute apart; dia macam tak percaya and cakap kita over-paranoid sebab dia kata due date belum sampai lagi. Buat apa nak datang hospital pun. Buat apa nak datang hospital, dia kata!!
OK, maybe saya bukan doktor and cuma pharmacy technician cabuk tapi awak pun tahu, ni my 1st baby. Of course saya paranoid, well hello~~! Kalau awak dekat tempat saya, pregnant, then ada keluar entah air apa U sendiri pun tak sure and bloody mucuos dekat bawah tu; what did you do? and please Doctor kalau cakap elok-elok pun tak apa, tak perlu bagi orang rasa offense. Piss off!
So, lepas tanya meds history semua dia check bukaan. Without warning, terus dia selok! I was like pfft~! again and tapi disebabkan ketidakselesaan keadaan itu, I just ignore it. Guess what? Serviks dah buka 4cm+-! See, I know I was right about this!

01.30pm
So, get ready dekat bilik bersalin. Keadaan bilik tu? TERBAIK! Ini serius. Individual labour room; suami boleh teman, ada satu nurse yang tolong jaga kita and 2-3 doktor yang in-charge. Doktor jangka I bersalin 
that day at 5.30pm. So tunggu jelah. Still, contraction every 5 minute apart tapi taklah saki sangat but saya MENGGIGIL tak habis-habis. Dalam hati, cuma mampu zikir+doa jelah and minta maaf banyak-banyak dekat hubby. Mengucap banyak-banyak sebab nak menghadap perkara antara hidup dan mati ni. Oh, Hypnobirthing turut dipraktikan. So, for the last 11 hours it does help. Thanks to En. Hubby yang sudi belanja buku mahal.
In between:
Pasang IV drip dekat tangan, sampai 3x as my vein burst everytime nak cucuk Branula. Cucuk salur kencing guna catheter etc. Pedih (T_____T)” +Oxygen Supply. Doctor pecahkan ketuban, cucuk Pethidine then allergic pula dengan Pethidine. Doctor cucuk Hydrocort pula untuk kurangkan allergy rash. Seluk menyeluk several time.

05.30pm
Suddenly, sakit yang sangat kuat datang. Tak pernah rasa sakit macam tu for my whole life! 5 minute apart juga macam earlier contraction tapi rasa macam nak pengsan. Nurse dah inject ubat tahan sakit, Pethidine, but it doesn’t help. Etonox? Jangan cerita, rasanya gas tu tak function pun. I keep saying to myself,
“Tak apa-tak apa. 5 minute apart je. Still ada “waktu bernafas”. 5 minute apart lagi better dari sakit yang continuosly.”
“Bersalin ni natural. Semua orang pun bersalin. Lepas ni bersih semua dosa-dosa besar kecil. I can do this.”
+Zikir Nabi Yunus
Makin lama sakit makin kuat. Seriuosly, I just pee on the bed sampai basah lencun semua. Saya tak malu nak mengaku, cause I know once you in that condition you will know condition nya macam mana. Sakit, sampai suara suami dekat sebelah pun dah macam tenggelam timbul.
Kena pusing ke kiri ke kanan, sebab machine susah nak detect heartbeat baby. Kalau heartbeat slow tak boleh nak masuk ubat untuk induce. Saya dah risau, sangat-sangat! Nurse masukkan device entah apa dari bawah, same function detect heartbeat baby. I don’t care bout anything anymore, nak semua selamat and cepat habis je. Suddenly, rasa macam nak buang air besar.
“Nurse, saya rasa macam nak buang air besar,”
Nurse: “Bukan, tu baby awak. Kejap saya check. Oh, belum lagi. Tak apa-tak apa. Jangan teran nanti serviks bengkak”
Another 5 minute:
“Nurse, saya serious nak terbuang air besar,”
Nurse: “Belum lagi dik, zikir banyak-banyak lagi”
“Tapi nurse saya dah macam nak meneran,”
Nurse: “Belum lagi dik. Eh kejap. Kepala dah nampak! Cepat-cepat. Teran dik!”
Eh, dia pula yang panik. Saya pun apa lagi, teran la macam nak buang air besar tu. Kaki kangkang seluas-luasnya. Push sekali tak lepas.
Nurse: “Push adik, tarik nafas dalam dan teran kuat. Kesian dik anak awak ni tersekat takkan nak biar macam tu je”
Second push, tak lepas lagi. But almost there, almost there but I’m exhausted.
Doctor: “Kita vacum. Pergi ambil cepat,”
Nurse dah pasang vacum dekat bawah. “Alamak doctor, tak hidup. Tapi ni vacum baru”
I was like, what? what? vacum? Kesian baby Adam (T_____T) I closed my eye for 3rd push, and POP! There he is on my tummy! Tak perlu vacum! Tak perlu induce.

Keadaan dan dialog di atas ni sangat laju, within 10 minutes meneran. Sila bayangkan. Then 1 hours ++ proses jahit menjahit. Tak sakit pun, sebab rasa excited nak tengok and susukan baby. I keep asking nurse and doctor bila nak habis and bila saya boleh menyusukan anak saya. Mesti diorang boring (^_____^)” Sorry doktor, sorry nurse.

*My husband said, lepas semua dah settle and I’m on my bed. Tak boleh detect heartbeat baby sebab umbilical cord dia terbelit dekat leher TWICE! Alhamdulillah Ya Allah, kau perkenankan doa kami dan permudahkan semua urusan.

Muhammad Adam Hariz, 05/07/13 @6pm

Well, at this momment sepatutnya my baby baru 38 weeks and 4 days. Surprisingly, MUHAMMAD ADAM HARIZ dilahirkan awal, 37 weeks 3 days with 2.26kg body weight.

Monday, June 24, 2013

Persiapan.

WOW, 29 days to go! Cepat betul masa berlalu~ Bercakap tentang persiapan, rasanya baru siap 10% kot as most of barang baby tak beli lagi pun due to budget. Sekarang sibuk nak pindah rumah and mengemas. Apa-apa pun, better siapkan rumah before Baby Adam lahir. 
     Currently cuma beli bedding, 3 helai barut and changing mat untuk baby Adam. Baju-baju tu ada sebenarnya ada, tapi mostly besar and need to buy new born size dalam 4,5 helai. Kesian Baby Adam, barang untuk bawa ke hospital pun Ibu belum beli lagi. But I do believe rezeki tuhan dekat mana-mana. Hang in there sayang, Ibu dengan Abah akan pastikan semua dah lengkap tersedia bila Adam lahir nanti. Untuk confinement pun tak beli lagi, tapi dah decide nak guna set confinement apa, which of course la Shaklee. Saya plan nak beli set trial je+ESP, jimat. Untuk external, saya nak beli yang ni:
[source: FB]
Harga dia RM50 siap bengkung. Selain tu plan nak beli brown soap dengan herbal bath+wash from Tanamera. So total amount nya, RM362. Oh my (+_______+)" Is it even on our budget? Tu belum kira upah tukang urut which will cost RM250 for 3 days and other stuff macam Pati Ikan haruan, tungku etc..and barang baby lagi, kos hospital lagi~ (x_______X)" OK. Just thinking bout this dah buat kita sakit kepala. Semoga semua dipermudahkan. Amin.

Thursday, May 9, 2013

Current Pregnancy Vitamins & Supplements

 photo DSCN8409_zpsd027e61e.jpg
Sebelum ni Lin makan Obimin, Fish oil and minum susu Nestle Mom & Me. Tapi sekarang dah tukar sikit and ada penambahan macam kat atas ni. Kalau before ni Lin makan Scott's Fish Oil now ni Lin tukar makan Aspen Nutrition Omega-3 1000mg. Sebenarnya ada je stok Scott's Fish Oil tu Lin beli banyak-banyak last time, tapi Lin "ter" angkut sekali Aspen Nutrition Omega-3 1000mg sebab harga dia murah with PWP offer dekat Watson.RM24 tak silap dalamnya ada 112 capsule.
     Berkenaan susu pula, before pregnant Lin memang tak ada masalah nak telan susu. Tapi entah kenapa sejak preggy ni, susah sangat nak minum susu. Till now tekak loya-loya je kalau minum. Tapi apa boleh buat, sebab baby Adam I will do anything to keep him healthy ^_^ Lin minum juga susu Nestle Mom & Me tu, and susu kambing. Orang kata elok minum susu kambing untuk elak anak kena jaundice masa lahir. AND Lin ada "backup plan" juga. Kalau that day Lin tak minum susu, Lin akan pastikan Lin ambil Caltrate 600 plus.
     Sekarang Lin dah tak makan Obimin, doktor tak bagi as Hb Lin kebelakangan ni asyik low je tak naik-naik. Dia prescribe Hematinic last month and Lin tak pernah miss makan [Vit. B,Vit. C, Folic Acid and Iron tablet] tapi semalam masa pergi check Hb Lin still juga macam tu. 10.5. So I've decided to buy Iberet Folic instead. Lin ada baca banyak positive feedback tentang Iberet Folic dekat blog-blog mummy. So I hope 22nd ni ada checkup lagi, my Hb bole normal balik lah ye.
     Last but not least, Lin consume Pati Delima Gulsan Nar Eksisi since last week. Sebenarnya at first tak tahu pun apa khasiatnya. Lin main beli je dekat Pasar tani, RM19 sebotol sebab teringat yang delima adalah salah satu makanan yang disyorkan dalam Islam, kira power food lah; sort of. So bila balik rumah, Lin try google khasiatnya untuk wanita mengandung macam kita-kita ni:
* Menaikkan HB semasa mengandung.
* Mengatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
* Menambah cantik dan gebu kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.
* Meningkatkan kecergasan tubuh badan semasa hamil.
* Meningkatkan keupayaan libido (seksual).
* Mengetatkan rahim dan menyuburkan rahim.
* Meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra.
[source]
Tak sangka pula banyak kebaikannya. Tapi tak tahulah ek macam mana nak cakap manfaatnya pada Lin setakat ni. Tapi yang paling obvious sejak Lin consume Pati Delima Gulsan Nar Eksisi ni, tak ada masalah constipation and "pembuangan" teratur je setiap hari. Itu dah kira bagus, sebab sebelum ni I do have some problem with "that" (^______^)"
     Tu jelah setakat ni membebel pasal vitamin and supplement. Till then.

Doa Supaya Mudah Bersalin

doa mudah bersalin

Rasa macam belon forever and beyond~~~!

Weight before pregnant: 61kg [slightly overweight sebab tinggi Lin cuma 152cm]

  • First ANT Checkup 07/01/13: 56kg [turun due to morning sickness]
  • 2nd ANT Checkup 30/01/13: 53kg [turun due to morning sickness]
  • 3rd ANT Checkup 04/02/13: 57kg
  • 4th ANT Checkup 15/03/13: 56kg
  • 5th ANT Checkup 22/04/13: 59kg
  • 6th ANT Checkup 08/05/13: 62kg 

See? within 2 weeks[5th and 6th ANT] dah naik 6kg (+______+)"
"And overweight women may need to gain only *15 to 25 pounds during pregnancy." -WebMD
*6.8kg to 11.33kg
OK. Ni still normal ke tak? So far kalau nak dibandingkan dengan berat before pregnant which I didn't remember when is the last time Lin timbang memanglah now ni still OK. Tapi kalau dibandingkan dengan berat masa 1st checkup, Lin dah naik 6kg! Eh kejap, sebenarnya kena kira beza berat yang mana <---sendiri confuse. Next app nk tanya doktor la.

Wednesday, May 8, 2013

Budget.

Kena cari jalan untuk cut budget (>_____<)"

TO BUY LIST-BABY
1. Clothes
[Lengan Panjang-3|Lengan Pendek-2|Lubang-lubang-2|Seluar Panjang|Seluar pendek-2]
2. Lampin Baby
3. Towel
4. Barut
5. Minyak Telon Bebiku
6. Wet Tissue
7. Bekas Spray Air
8. Baby Cream/Bepathen
9. Changing Mat
10. Selimut 
11. Sarung tangan and sarung kaki-3
12. Buai [Can buy later]
13. Cotton buds [Small size]
14. Baby Oil
15. Pampers Newborn/Huggies
16. Topi
17. Kain bedung *DIY? [Search and print out]
18. Besen Mandi
19. Barang mandi [Organic,please]
20. Kelambu
21. Mosquito Repellent*
22. Kapas
23. Pemotong Kuku
24. Bedding
25. Bottle Set [Can buy later]

TO BUY LIST-IBU
1. Pam Susu* [RM100-Babyworld Online *Mezzo]
2. Nursing bra
3. Kain batik
4. Pad besar
5. Pati Ikan Haruan
6. Set berpantang Shaklee RM400
7. Orang urut
8. Stokin tebal
9. Disposable Panties XL
10. Tuala
11. Set Pantang External RM100?*
[*mancur, minyak panas, pilis, param, herbal bath and wash, tangas, massage oil dengan bengkung]

NOTE BEG HOSPITAL:

Beg baby
Baju 4 helai – 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad.
Kain lampin – 3 helai.
Stokin tangan n kaki. – 3 pasang.
Napkin kain – utk bedung dia – 2 helai.
Pampers – 10 keping.
Barut
Topi – 2
Bantal
Tuala – 1 helai.
Minyak Telon.

Beg ibu
Buku merah
Wallet + IC
Baju Tshirt – 2 helai.
Kain batik -2
Pad – 6 keping.
Disposal panties – 4 
Minyak panas – sapu kat perut.
Stokin
Tuala
Berus gigi, ubat gigi, sabun.
Buku nak baca kalau boring
Termos
Cawan
Sudu
Biskut Oat
Milo 3 in 1
HP+Charger HP

Note: Shaklee 
1. Vitalea Iron Formula 120 tabs, RM88
2. Zinc 120 tabs, RM33
3. Vit B Complex 120 tabs, RM53
4. Vita C Sustained Released 500mg 180 tabs, RM92
5. Ostematrix 120 tabs, RM61
6. Alfafa 330 tabs, RM53
7. Lecithin 180 tabs, RM52
8. ESP RM150
TOTAL: RM582 harga bukan ahli [minus 6+7=RM477]

Abah Adam

THIS IS ADAM'S DAD SPEAKING.I AM SUPER FLATTERED!!!

3D/4D at 29 weeks (+1days)!

I'm speechless ^_^
Ibu janji, ibu and abah akan sayang and jaga adam sampai bila-bila.
 
 
  

Friday, April 26, 2013

3rd Trimester!

Tak sabarnya kami! Feel like forever~ 88 days left. Tapi kalau ikut my mom background selalunya baby lahir 37 weeks macam tu. Tapi tak tahulah, yang penting semua selamat. Amin.

Confinement Set Survey Begin.

OK. Maybe terlalu awal nak cari itu ini. But, apa salahnya ada perancangan awal kan? Yang paling penting for internal, kita dah decide nak try Shaklee set.
1. Vitalea Iron Formula 120 tabs, RM88
2. Zinc 120 tabs, RM33
3. Vit B Complex 120 tabs, RM53
4. Vita C Sustained Released 500mg 180 tabs, RM92
5. Ostematrix 120 tabs, RM61
6. Alfafa 330 tabs, RM53
7. Lecithin 180 tabs, RM52
8. ESP RM150
Total: RM582 harga bukan ahli.
     Tak tahulah kos dia macam mana untuk ahli. Lagipun beli bulk lebih jimat. List kat atas ni boleh guna 3-4 bulan. Alfafa dengan Lecithin tu makan lepas pantang. Tu yang kita nak survey dulu, kalau dapat kurang sampai RM400 pun OK or less than that, kan?  Tapi tulah, nak pergi Shaklee branch dekat Taman Molek tu punyalah jauh. Nampaknya kena tunggu En. Hubby juga lah kalau nak pergi mana-mana. If budget lari, I guess kita beli yang trial set je dekat [SINI]. Set trial [40 tabs of Vit. B, C, Zinc and Vitalea] kos RM100 tambah RM10 untuk 60tabs Alfafa tapi untuk sebulan jelah. ESP, Lecithin dengan Ostematrix tak ada. Hmm, how? Apa-apa pun bergantung pada budget juga nanti.
     Itu baru yang internal. Yang external sebenarnya I have my eye on Amway, NR or Tanamera product. Well obviously on NR product la sebab my SIL pun guna NR. Tapi semua atas RM300 (+______+)" So, untuk jimatkan budget maybe yang murah je kot survey kat Mydin nanti, itupun kena tunggu En Hubby sebab Mydin paling hampir dengan tempat kita ni dekat Angsana. Yang penting kita nak cari mancur, pilis, param, herbal bath and wash, massage oil dengan bengkung. Tu je. So agak-agak berapa budget? RM100 untuk external cukup?

Wednesday, April 10, 2013

20 weeks to 25 weeks!

Ni gambar masa 20 weeks/19 weeks 6 days to be exact.Oh rupanya baru sebulan yang lepas I pergi scan with En. hubby. You know, since from the first month that I knew I was pregnant; I'm super excited kalau boleh nak tengok/scan baby Adam hari-hari. ngeh~
\(^_____^)/
So, sekarang 103 days/14 weeks 6 days left! 
(^_____^)
Oh. 24hb ni nak kena pergi KK lagi and 6 May ada Doctor Appointment. Ingatkan at the end of this month nak pergi scan 4D dekat klinik Yuslina. Pakej 4D scan+pic+CD will cost RM120 and maybe can ease down my over excitement tu sikit sebab boleh tgok CD/gambar baby gerak-gerak setiap hari. Tapi tengoklah macam mana. En. Hubby tak ada, kalau pergi tanpa dia macam tak best. Kalau nak tunggu dia balik, I dah more than 30 weeks pregnant at that time. Doktor kata tak digalakkan pergi scan sebab dah penuh sangat baby dalam perut, peluang nak tengok overall tak nampak sangat and kurang.
     Tak apalah Baby Adam, at least Baby Adam sihat sejahtera and ibu doakan Baby Adam selesa and sihat membesar dalam perut ibu. So get ready by then, sebab ibu and abah tak sabar nak pegang Baby Adam in our hand :)

Thursday, March 21, 2013

Bersalin dan Berpantang.

Didn't I say yang I bersalin pertangahan puasa and berpantang sehingga raya?

Too Early?

I just can't stop myself from buying all this baby stuff. Latest, beli baju 2 helai dekat Angsana. Lepas ni tak tahulah. Ibu cakap newborn beli baju warna putih je~ so I guess after this beli warna putih jelah. kot? huhuhu~ There's a lot of thing dalam kepala ni, which actually xpayah risau kot? But I still have to think about:
1. Whether nak pakaikan baby Adam cloth diaper or tak? Breast pump xpayah beli rasanya sebab 24 hours ada dekat rumah.
2. Nak beli confinement set Shaklee? Total price stock for 4 months RM349 dekat Be Healthy. Which is more suitable and bagus.
3. Budget untuk baby? RM200 enough tak?
4. Budget untuk myself? vit RM349 +mak bidan RM200 +kos bersalin RM100 +external stuff RM360
So untuk budget sahaja kena save RM1009 tak termasuk duit sewa rumah, makan masa pantang etc. ah pening~ dengan kos klinik lagi setiap bulan, harap-harap dapat simpan duit sebanyak tu smpi tempoh bersalin nanti. amin.

Saturday, March 9, 2013

Meet Me Halfway~

     Wow, rupanya dah halfway pregnancy dats mean another 136 days to go! Tak sabar nak cuddling Baby Adam. Last week dah buat 5 months check up dekat Columbia Asia Hosp. Alhamdulillah, semua OK and Baby Adam sangat sihat :)
Pregnancy Update:

  • Letih. Even sepanjang hari tak ada buat apa pun tetap letih.
  • Headache. Almost everyday.
  • Dah start dapat rasa Baby Adam gerak since 17 weeks lagi. Now dia tersangatlah aktif dan sihat dengan berat currently 403 gram! Can you believe that? Kalau ikut dalam Baby Center website, at least this week berat dia kurang daripada 360 gram! 
  • Appetite semakin meningkat. Benda 1st skali Lin terfikir bila bangun tidur setiap pagi: Hari ni nak makan apa?
  • Weight: Last checkup 53kg, now ni 56kg.
  • Pelupa and macam lambat berfikir sikit. Simple math pun boleh salah (x______X)"
Third trimester is just around the corner!

Tuesday, February 26, 2013

Kerja. Tak kerja.

     Semalam 1st day kerja. Penat, memang penat. Hari ni, diberhentikan kerja. Alasan: sebab pregnant. HR kata it's their mistake, sebab terlepas pandang masa interview hari tu. As for that, they pay my gaji for 9 days  [today] even I baru je kerja sehari [semalam]. Diorang kata, kalau I dah ada baby, settle down; I boleh apply kerja dekat situ balik. 
     To be truth, tak tahulah nak rasa sedih ke tak. Actually, sebelum ni I rancang tak nak kerja sampai bersalin but siapa nak tanggung my expenses sekarang and in the future, for baby lagi, kan? Abah Adam still study. So, motif bekerja adalah untuk kumpul duit for baby Adam. Dalam bank pun duit ada sikit, lama-lama habis juga. Sigh~ what can I do. But I do believe in rezeki tuhan bagi. My husband will finish his study next 2 months; awal bulan May. Dia kata, so ada lagi 2 months dia nak kerja and kumpul duit untuk baby Adam. 
     Cakap memang senang, tapi to be honest, nak cari kerja tu pun dah makan masa. Masa dah semakin suntuk and I don't seem to find any way lagi. Semoga semuanya dipermudahkan, amin~

Wednesday, February 20, 2013

18 weeks!

Don't you just love it when you can feel your baby "actively dancing" every 3 am in the morning? It's been a while since I updating my blog, as so many things happen every now and then. But Alhamdulillah, so far all thing goes well :) Can't wait for baby Adam!


Sunday, January 13, 2013

Tak Larat.

I didn't know pregnancy can be this extremely exhausted. For the last 2 weeks I'm just lazying around, lazying on bed etc. Perut lapar, tapi tak ada selera makan, and cuma boleh makan ayam goreng [specifically: ayam goreng biasa cuma bubuh kunyit and garam], nasi putih and kicap. Even perut  kosong, tekak tak henti-henti loya siang malam. Ni dah 2nd trimester [I guess] patutnya dah kurang sikit symptom-symptom [kalau baca kat babycenter], tapi nampaknya semakin worst. (x______X)" Tak apalah baby ibu, asal baby ibu sihat guling-guling kat dalam.

Harap-harap mak mertua tak merungut~

Friday, January 4, 2013

11 weeks of Pregnancy.


  • "leaking"
  • Leg cramp
  • Itching [stomach; due to skin stretching]
  • Constipation?
  • No appetite, loss 9kg less than a month.
  • Nausea and vomiting.
  • The need to urinate frequently
  • Shortness of breath.
  • Unproductive?
...and I guess I've suffer a major depression nowadays as so many things happen, going through that phase alone, all by myself. Oh well, I guess there's a clear decision that need to be done. Just waiting for the right time.